no title... maybe u all can give title for this sajak....
Siapakah aku yang sebenarnya?
Aku hanya satu makhluk kerdil ciptaan yang Esa!!
Aku sedar hakikat itu...
Aku hambanya.
Selagi aku hidup,
Selagi itu aku perlu beriman...
Beriman??
Ya!! Pada tuhan yang satu... ALLAH SWT
Kerana dia yang menciptaku,
TanpaNya.... Siapalah aku?
Dia sudah berjanji,
Berjanji bahawa barang siapa yang beriman,
Barang siapa yang bertaqwa,
Maka syurgalah akhir tujunya
Begitu jugalah yang sebaliknya...
Namun,
Bila aku fikirkan kembali,
Bila aku kenangkan semula,
Bila aku bertafakur sejenak,
Layakkah aku untuk masuk ke syurga-Nya?
Adakah aku sudah menepati syarat-syarat,
memenuhi kriteria-kriteria kemasukan ke alam yang serba hakiki nan indah serta damai itu?
Berimankah aku?
Bertaqwakah aku?
Ya ALLAH!!!
Ya Rabbi!!!
Ya Tuhanku!!
Kau redhailah hamba-Mu ini,
Jadikan aku orang yang Kau kasihi,
Tambahkan iman di dadaku,
Doronglah aku menuju-Mu...
Tetapkanlah imanku..
Jauhkanlah aku dari menduakan MU
Gerakkanlah hatiku
Menjadi hamba-MU yang sejati...
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN
No comments:
Post a Comment